Australia nyalakan semula harapan

Penyerang Mitchell Duke muncul wira Australia apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-23. -Foto EPA
Penyerang Mitchell Duke muncul wira Australia apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-23. -Foto EPA
A
A
A

AUSTRALIA kembali menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 selepas menang tipis 1-0 ke atas Tunisia dalam perlawanan kedua Kumpulan D di Stadium Al Janoub, Al-Wakrah pada Sabtu.

Lebih manis ini merupakan kemenangan berharga Socceroos selepas dibelasah penyandang juara Perancis, 4-1 dalam perlawanan pertama di venue sama pada Rabu lalu.

Penyerang Mitchell Duke muncul wira Australia apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-23 hasil tandukan menewaskan penjaga, gol Tunisia, Aymen Dahmen untuk memberikan pendahuluan kepada angkatan Graham Arnold.

Bagaimanapun Eagles of Carthage kendalian Jalel Kadri berpeluang menyamakan kedudukan menerusi percubaan terbaik kapten pasukan, Youssef Msakni, namun rembatan tersasar.

Tiga mata itu menamatkan tujuh perlawanan tanpa kemenangan Australia di pusingan akhir Piala Dunia sejak kali terakhir melakar kemenangan ke atas Serbia pada 2010.

Tiga mata itu juga menyalakan kembali harapan Australia untuk mara ke pusingan 16 terbaik berbaki satu perlawanan menentang Denmark di Stadium Al Janoub pada Rabu depan.

Artikel Berkaitan: