Celtic nyalakan semula impian treble

Jota jaringkan gol tunggal Celtic ketika tewaskan Rangers dalam aksi separuh akhir Piala Scotland di Stadium Hampden Park.
Jota jaringkan gol tunggal Celtic ketika tewaskan Rangers dalam aksi separuh akhir Piala Scotland di Stadium Hampden Park.
A
A
A

GERGASI Liga Scotland, Celtic kembali mengekalkan harapan untuk memenangi treble domestik musim ini selepas menewaskan seteru utama, Rangers 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala Scotland di Stadium Hampden Park pada Ahad

Celtic, yang memenangi Piala Liga selepas menewaskan Rangers pada perlawanan akhir Februari lalu, juga berada di puncak liga dengan kelebihan 13 mata - satu kemenangan lagi bagi mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Scotland (SPL).

Celtic yang dipimpin Michael Beale menjaringkan gol pembukaan beberapa minit sebelum separuh masa selepas Jota menjaringkan gol dengan tandukan mudah.

Rangers yang berusaha bangkit memberikan tentangan sengit pada separuh masa kedua, namun Celtic tenang bertahan untuk menempah tempat perlawanan akhir menentang kelab Divisyen Dua, Inverness Caledonian Thistle pada Jun depan.