Tujuh pelukis kongsi ilmu abstrak

Muhamad Nasir ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kecek-kecek Seni: Apresiasi Seni Abstrak Sempena Pameran Berkumpulan Tanda Tujuh di sini pada Sabtu.
Muhamad Nasir ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kecek-kecek Seni: Apresiasi Seni Abstrak Sempena Pameran Berkumpulan Tanda Tujuh di sini pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pameran lukisan abstrak melibatkan tujuh pelukis terkenal di Kelantan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu berkaitan lukisan genre itu.

Melalui program Tanda 7, pelukis seperti Abdul Aziz Nik Muhamad, Muhamad Jusoh, Ngadawiyah Ismail, Ahmad Fathil Othman dan Azimah Othman berkongsi pengetahuan mereka untuk menterjemah lukisan abstrak.

Turut bersama ialah Mohd Shukri Mohamed Zain, Wan Ahmad Wan Burhadin, Wan Noorazhani W Kar dan Profesor Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Kesemua mereka juga mempamerkan lukisan abstrak selama lebih tiga bulan di Balai Seni Lukis Kelantan.

Pelukis, Abdul Aziz ketika ditemui berkata, tanda tujuh menunjukkan tujuh pelukis yang mempamerkan lukisan abstrak berkisar tentang negeri Kelantan.

"Sudah tentu kita tidak lari dari konteks wayang kulit, cara hidup dan makanan yang sudah sinonim dengan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kecek-kecek Seni: Apresiasi Seni Abstrak Sempena Pameran Berkumpulan Tanda Tujuh di sini pada Sabtu.

Muhamad Nasir (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada Ahmad Fathil. - pakai pix ni saja
Muhamad Nasir (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada Ahmad Fathil. - pakai pix ni saja

Artikel Berkaitan:

Program dirasmikan Penasihat bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Muhamad Nasir ketika berucap merasmikan program itu yakin seni lukisan berkenaan berpotensi besar diterima masyarakat.

"Sayayakin industri ini boleh menyampaikan mesej seperti mak yong dan wayang kulit yang mempunyai tarikan tersendiri," katanya.

Sementara itu, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Budaya Visual Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor, Ahmad Khalaf Talhah Ahmad Resaudin, 23, berkata, Tanda Tujuh merupakan satu pameran terbaik dalam konteks abstrak.

Pelajar Tingkatan Enam Rendah Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunong, Bachok, Muhd Alif Helmi Mat Yusoff, 18, mengikuti program itu untuk menghayati karya abstrak yang dipamerkan.