Jawatan penghulu di NS berstatus tetap tahun hadapan

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju lantikan jawatan penghulu berstatus tetap bermula tahun hadapan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, seramai 23 penghulu baharu telah dilantik ke jawatan tetap itu.

"Mereka terdiri daripada 14 pegawai yang dilantik secara kontrak sebelum ini, dan sembilan pegawai yang dilantik secara pertukaran sementara.

"Selaku penjawat awam, adalah menjadi tanggungjawab para penghulu untuk patuh kepada 'Government of the day'," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, patuh dalam erti kata, memastikan segala perancangan, visi dan misi yang telah ditetapkan, mencapai objektif seperti yang diharapkan.

"Perbezaan fahaman politik hendaklah diketepikan, penyampaian perkhidmatan kepada rakyat perlulah sentiasa diutamakan.

"Hal ini kerana penghulu adalah barisan hadapan kepada pentadbiran kerajaan negeri yang merupakan penghubung antara masyarakat dengan pihak kerajaan.

"Besarlah harapan saya agar penghulu sentiasa menjadi suara kerajaan dalam penyampaian pemakluman dasar-dasar semasa kerajaan supaya segala bantuan yang dibuat sampai kepada golongan sasaran," katanya.

Artikel Berkaitan: