PRU15: PH Pahang sokong BN bentuk kerajaan negeri

Amirudin Shari - Foto Bernama
Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Pakatan Harapan (PH) Pahang telah mencapai persetujuan sebulat suara untuk memberi sokongan secara rasmi bagi membentuk kerajaan negeri bersama dengan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia hasil mesyuarat yang dipengerusikan beliau pada Sabtu.

Menurutnya, keputusan itu berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan yang dimenangi oleh BN (16 kerusi) dan PH (8 kerusi) yang telah melebihi majoriti mudah.

"Kami berharap kerajaan negeri Pahang yang baru pasca Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) dapat dibentuk demi menjamin pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar untuk kepentingan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) Pahang memenangi 17 kerusi daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Situasi itu membawa kepada tiada parti memperoleh majoriti mudah.

Artikel Berkaitan: