'Jangan keluar kenyataan ganggu-gugat pentadbiran negeri'

Kenyataan dimuat naik Onn Hafiz di Facebooknya.
Kenyataan dimuat naik Onn Hafiz di Facebooknya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon supaya tiada pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh menganggu-gugat pentadbiran negeri.

Menurutnya, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

"Saya mohon kembali supaya tidak ada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menganggu-gugat pentadbiran negeri Johor.

"Insya-ALLAH, negeri Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil di bawah naungan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Johor.

"Kepada ALLAH kita berserah," katanya menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebooknya pada Sabtu.

Onn Hafiz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Johor yang juga Ahli Parlimen Tebrau, agar kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PH dibenarkan terlibat dengan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Malah PH Johor juga difahamkan akan menulis surat rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Mesyuarat JTPD merupakan mesyuarat bulanan yang diadakan di pejabat daerah bagi membincangkan isu-isu atau permasalahan yang berlaku.

Artikel Berkaitan: