Rara tidak sabar gubal polisi bersama Anwar di Dewan Rakyat

Young Syefura Othman
Young Syefura Othman
A
A
A

BENTONG - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tidak sabar untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen menggubal polisi di Dewan Rakyat selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik Perdana Menteri ke-10 pada Khamis.

Young Syefura yang juga mesra dengan panggilan Rara gembira dan teruja dengan berita ini dan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

"Alhamdulillah. Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah melantik beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 10.

"Setelah sekian lama Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi onak dan duri, akhirnya pengorbanan beliau membuahkan hasil.

"Saya tidak sabar untuk bersama-sama beliau di Dewan Rakyat menggubal polisi dan mengadakan reformasi demi rakyat Malaysia tercinta," katanya dalam status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

Rara juga menyeru kepada semua penyokong PH agar kekal tenang dalam menyambut perkhabaran gembira ini.

"Elakkan dari melakukan provokasi kepada mana-mana pihak agar keamanan dan keselamatan semua pihak terjamin," tambah beliau lagi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rara memaklumkan kesihatan dirinya baharu sahaja menjalani prosedur dan rawatan akibat keguguran yang beliau alami.

"Saya kini dinasihatkan oleh doktor untuk berehat sehingga pulih. Salah seorang daripada pegawai saya juga kini sedang bercuti kerana disahkan positif Covid-19 pasca pilihan raya lalu.

"Walaubagaimana pun saya masih boleh dihubungi melalui telefon dan jika ada sebarang perkara yang memerlukan perhatian pejabat saya boleh hubungi Mandy Too di talian 016- 9228577," jelas beliau.

Beliau juga memohon maaf dan sedikit masa untuk berehat sebentar sehingga kesihatan untuk pulih dan akan kembali berkhidmat untuk rakyat.