Harimau bintang dikesan di bawah rumah

Anggota bomba dari unit kecemasan binatang buas Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis ke lokasi mendapati seekor harimau bintang berada di bawah sebuah rumah di hadapan SK Pagar Sasak Lipis pada Khamis. -Foto: Bomba Pahang

A
A
A

KUANTAN - Kehadiran seekor harimau bintang dikesan berada di bawah sebuah rumah di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Sasak, Lipis kira-kira jam 5.39 petang pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, empat pegawai dan anggota dari unit kecemasan binatang buas Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis telah lokasi kejadian selepas menerima aduan terbabit.

"Sebaik tiba dilokasi didapati seekor haiwan liar iaitu harimau bintang berada di bawah rumah terbabit.

"Kita seterusnya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau memaklumkan pihak bomba kini menunggu pasukan pelali dari Perhilitan ke lokasi kejadian.

Sinar Harian cuba menghubungi Perhilitan untuk mendapatkan perkembangan terkini, namun tiada sebarang respon diberikan setakat ini.

Artikel Berkaitan: