'Harapan kepada kerajaan baharu Malaysia'

Hussamuddin (lima dari kanan) menyampaikan plak 'Mak Kata Jangan' kepada Ketua Cawangan Integriti Kastam, Tuan Mohamad Tarmize Abdul Manaf sebagai simbolik sempena kempen antirasuah Rasuah Busters. - Foto-CPA, Kastam Putrajaya.
Hussamuddin (lima dari kanan) menyampaikan plak 'Mak Kata Jangan' kepada Ketua Cawangan Integriti Kastam, Tuan Mohamad Tarmize Abdul Manaf sebagai simbolik sempena kempen antirasuah Rasuah Busters. - Foto-CPA, Kastam Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan baharu yang dibentuk perlu memimpin dengan adil dan mesti menguruskan dengan cara Islam.

Demikian penegasan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub ketika menyentuh mengenai harapan beliau terhadap kerajaan baharu.

Tambahnya, pemimpin baharu ini juga perlu menguruskan negara dengan telus dan menolak budaya kroni serta amalan jijik rasuah.

"Maksud cara Islam ini bukan kita kena tepikan bangsa dan agama lain. Islam ini adil, ia bermakna negara diuruskan dengan telus dan mesti diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab dan mereka yang paling layak.

Hussamuddin menyampaikan ucapan pada program 'Bersama Mr.Rasuah Busters' bersempena Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2022 di Dewan Semarak Jati JKDM, Putrajaya. - Foto CPA, Kastam Putrajaya.
Hussamuddin menyampaikan ucapan pada program 'Bersama Mr.Rasuah Busters' bersempena Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2022 di Dewan Semarak Jati JKDM, Putrajaya. - Foto CPA, Kastam Putrajaya.

"Hendak lantik menteri, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan lantik kroni, lantik orang-orang yang ahlinya, kalau kita lantik ahli-ahlinya insya-ALLAH negeri ini akan maju," katanya ketika membalas pertanyaan peserta di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan 'Bersama Mr.Rasuah Busters' bersempena Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2022 di Dewan Semarak Jati JKDM, Putrajaya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), Datuk Abdul Halim Ramli; Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Putrajaya, Zuraimi Ayub dan Ketua Cawangan Integriti Kastam, Tuan Mohamad Tarmize Abdul Manaf.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh lanjut, Hussamuddin menegaskan 'pengisi' jawatan dalam kepimpinan itu nanti perlu memiliki merit yang baik.

"Kenapa sesebuah syarikat maju dan berkembang? Ini sebab pemilik syarikat melantik orang-orang yang paling cemerlang, ambil orang lebih pandai daripada pemilik syarikat untuk uruskan syarikat," katanya.

Jelasnya lagi, untuk melihat Malaysia maju, Perdana Menteri juga perlu melantik barisan kabinet yang mempunyai karismatik dan mereka yang 'ahli'.

"Hendak berperang perlu pasukan, bukan PM sahaja kita tengok negara hancur sebelum ini kerana pasukan yang tidak betul.

"Dan selagi kita amalkan kroni tidak kira parti apa pun ia akan menghancurkan negara, jadi kena pilih orang yang betul," katanya.

Sementara itu menyentuh mengenai cara untuk melawan perbuatan rasuah, Hussamuddin menegaskan setiap individu memainkan peranan yang penting dalam hal berkenaan.

"Saya kira yang penting untuk melawan rasuah ini ia mesti bermula dari diri kita kita sendiri, tak perlu ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tak perlu yang lain-lain.

"Serta nak lawan rasuah ini terutamanya bagi orang Islam kita perlu ada al-Quran dalam hati dan jiwa kita," katanya.

Peserta bergambar beramai-ramai pada program 'Bersama Mr.Rasuah Busters' bersempena Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2022 di Dewan Semarak Jati JKDM Putrajaya pada Khamis. - Foto CPA, Kastam Putrajaya.
Peserta bergambar beramai-ramai pada program 'Bersama Mr.Rasuah Busters' bersempena Hari Integriti Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2022 di Dewan Semarak Jati JKDM Putrajaya pada Khamis. - Foto CPA, Kastam Putrajaya.

Terdahulu, penantian penuh debar drama menawan Putrajaya pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mencatatkan detik penting buat negara apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10, mengakhiri penantiannya selama 24 tahun sejak digugurkan dari kabinet dan UMNO pada 1998.

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu amat signfikan dalam menoktahkan kemelut Parlimen tergantung yang berlarutan selama lima hari, sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.