Rafizi minta penyokong PKR, PH jangan adakan perhimpunan

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH) termasuk rakan-rakan politik untuk menghormati keperluan mendesak bagi meredakan keadaan semasa.

Ia selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH sebagai Perdana Menteri ke-10.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan menasihatkan mana-mana pihak tidak mengadakan sebarang perhimpunan untuk mengelak risiko berlakunya provokasi selain menggesa tokoh-tokoh politik supaya berhati-hati membuat kenyataan media.

Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi.

"Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKR dan rakan-rakan PH menyembah takzim atas perkenan Seri Paduka Baginda yang melantik Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri dan akan mengetuai kerajaan perpaduan.

Artikel Berkaitan: