Pimpinan PKR bersorak, berpelukan di luar pejabat Anwar

Beberapa ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mula bersorak gembira dan berpelukan di pekarangan pejabat Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing pada Khamis.
Beberapa ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mula bersorak gembira dan berpelukan di pekarangan pejabat Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Gasing pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Beberapa ahli pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mula bersorak gembira dan berpelukan di pekarangan pejabat Presidennya, Datuk Seri Anwar di Jalan Gasing pada Khamis.

Tindakan itu susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sorakan bersama laungan 'Reformasi' itu dilontarkan sejurus pintu pagar pejabat Anwar dibuka.

Antara yang bersorak adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim.

Dalam pada itu, beberapa ahli PKR juga dilihat berkumpul di pekarangan pejabat Pengerusi PH itu bagi membacakan doa kesyukuran.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata, lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri dijadualkan jam 5 petang ini, di lstana Negara.

Artikel Berkaitan: