Ban pecah: 111 mangsa di Tanjong Karang dipindahkan ke PPS

Bomba membantu operasi memindahkan mangsa banjir berikutan kejadian dua ban dilaporkan pecah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB, Sungai Sireh di sini dinaiki air pada Rabu.
Bomba membantu operasi memindahkan mangsa banjir berikutan kejadian dua ban dilaporkan pecah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB, Sungai Sireh di sini dinaiki air pada Rabu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Dua ban dilaporkan pecah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB, Sungai Sireh di sini dinaiki air di sini pada Rabu.

Keadaan itu mengakibatkan seramai 111 mangsa terpaksa dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Baru Lembah Pantai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh berikutan rumah mereka dinaiki air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi pertama di Kampung Lembah Pantai selepas menerima panggilan kecemasan jam 4.47 pagi.

"Pemeriksaan bomba mendapati kawasan rumah dihuni 92 penduduk di kawasan itu dinaiki air mencecah 0.5 meter," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar Norazam, banjir itu berlaku berikutan ban pecah di lokasi berhampiran dan hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi hari sama.

Tambah beliau, kejadian ban pecah turut dilaporkan berlaku di Kampung Ban RB pada jam 7.30 pagi mengakibatkan kawasan rumah 19 mangsa dinaiki air sedalam 0.2 meter dan berada dalam keadaan statik.

"Paras air ketika ini didapati mula menunjukkan penurunan namun pemantauan lanjut masih dilakukan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua mangsa ditempatkan di dua PPS berkenaan dan penduduk dinasihatkan mematuhi arahan pemindahan daripada pihak berkuasa bagi mengelak insiden tidak diingini.

Artikel Berkaitan: