Laluan ditutup sempena Penamaan Calon Padang Serai

Antara laluan ditutup termasuk Jalan Hi-Tech 9, Jalan Hi-Tech 10 dan Jalan Hi-Tech 13 bagi membolehkan proses penamaan calon berjalan lancar.
Antara laluan ditutup termasuk Jalan Hi-Tech 9, Jalan Hi-Tech 10 dan Jalan Hi-Tech 13 bagi membolehkan proses penamaan calon berjalan lancar.
A
A
A

KULIM - Beberapa laluan berdekatan Pusat Penamaan Calon Parlimen Padang Serai, akan ditutup bagi melancarkan proses berkenaan yang akan berlangsung pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, penutupan laluan melibatkan Jalan Hi-Tech 9, Jalan Hi-Tech 10 dan Jalan Hi-Tech 13 bermula jam 10 malam Rabu hingga 1 petang Khamis.

Menurutnya, orang ramai perlu menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan bagi memastikan pergerakan lancar.

"Kompleks Sukan KHTP, Kulim Hi-Tech telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai Pusat Penamaan Calon bagi P017.

"Bagi melancarkan proses penamaan calon pada 24 November 2022, beberapa jalan di sekitar Kompleks Sukan akan ditutup dan dilencongkan mengikut keadaan dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Perusahaan, Lebuhraya Perdana dan Jalan Kulim- Mahang bagi memudahkan pergerakan.

Kita menjangkakan berlaku kesesakan sekitar jalan tersebut dan akan menempatkan anggota bertugas di kawasan simpang bagi membantu melancarkan aliran trafik.

"Kita minta pengguna mematuhi arahan pihak berkuasa dan menggunakan laluan lencongan bagi melancarkan proses penamaan calon,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, SPR menangguhkan pilihan raya di Parlimen Bagan Serai berikutan kematian calon yang juga penyandang kerusi berkenaan, Karupaiya Mutusami, 69, Rabu lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Karupaiya yang juga merupakan Naib Pengerusi III PKR Kedah dan Ketua Cabang Padang Serai memperolehi sebanyak 31,724 undi menewaskan calon daripada Pas dan BN dengan majoriti 8,813 undi.