11 maut, 43 cedera bas terbalik di Maghribi

Insiden bas terbalik di Maghribi yang mengorbankan 11 orang. (Gambar hiasan) - Foto Agensi
Insiden bas terbalik di Maghribi yang mengorbankan 11 orang. (Gambar hiasan) - Foto Agensi
A
A
A

RABAT - Sekurang-kurangya 11 orang maut manakala 43 lagi cedera selepas bas dinaiki mereka terbalik di lebuh raya di utara Maghribi.

Pihak berkuasa berkata, bas tersebut terbalik tidak jauh dari bandar Taza di timur laut negara tersebut.

Justeru, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung nahas tersebut.

Bas jarak jauh sering digunakan di Magribi, terutamanya di kawasan luar bandar di mana mereka tiada sumber kewangan untuk memiliki kereta.

Bagaimanapun, kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara itu yang sering menyebabkan kematian.

Pada 23 Ogos lalu, seramai 23 orang maut dan 36 cedera selepas bas terbalik di Casablanca.

Menurut Agensi Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, purata 3,500 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan setiap tahun di Maghribi. - AFP

Artikel Berkaitan: