Piala Dunia Qatar: Arab Saudi cipta kejutan tewaskan Argentina

Pemain Arab Saudi Salem Aldawsari menjaringkan gol kedua ketika menentang Argentina -Foto EPA
Pemain Arab Saudi Salem Aldawsari menjaringkan gol kedua ketika menentang Argentina -Foto EPA
A
A
A

ARAB Saudi mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Argentina pada aksi pertama kumpulan C Piala Dunia Qatar 2022 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Lusail Stadium, Argentina berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi sepakan penalti Lionel Messi yang dihadiahkan oengadil perlawanan selepas Lionel Paredes dijatuhkan oleh pemain Arab Saudi.

Argentina sekali lagi berjaya membolosi gawang Arab Saudi sebanyak tiga kali iaitu pada minit 22,28 dan 35 namun kesemua gol itu tidak diiktiraf memandangkan pemain berada di kedudukan ofsaid.

Memasuki babak kedua, Arab Saufi dilihat enggan mengalah apabila acap kali melakukan serangan ke arah kubu Argentina.

Usaha itu nyata berhasil apabila Arab Saudi berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-49 menerusi penyerangnya, Saleh Alshehri.

Gol yang dihasilkan Saleh itu nyata membangkitkan semangat pemain Arab Saudi apabila berjaya membolosi Argentina buat kali kedua kali ini Salem Aldawsari selang lima minit kemudian.

Tersentak dengan duabgol tersebut, Argentina kembali memperkemaskan corak permainan bagi mencari gol penyamaan namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan pada babak kedua sekaligus menyaksikan Arab Saudi berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

Kemenangan itu menyaksikan Arab Saudi kini memimpin kumpulan C dengan mengutip tiga mata dan akan bertemu Poland pada Sabtu ini.

Artikel Berkaitan: