Debaran aksi sulung Belgium

Martinez mengubah corak permainan Belgium bagi menghadapi aksi pertama Kumpulan F menentang Kanada pada Khamis. Foto EPA
Martinez mengubah corak permainan Belgium bagi menghadapi aksi pertama Kumpulan F menentang Kanada pada Khamis. Foto EPA
A
A
A

SKUAD Belgium selesa merendah diri, tanpa ayam tambatan Romelu Lukaku menjelang aksi sulung menentang Kanada yang membuat penampilan pertama selepas 36 tahun dalam saingan Kumpulan F di Stadium Ahmad Ali awal pagi Khamis.

Dibarisi 'generasi emas' menjadi penampilan penting buat skuad bimbingan Roberto Martinez dalam misi memburu mahkota Piala Dunia buat kali pertama.

Tanpa penyerang prolifik Lukaku yang menjadi watak penting kejayaan Belgium sejak beberapa tahun lalu, pemain sensasi, Michy Batshuayi diharap mampu menggalas tugas penting sebagai penggempur.

Martinez mengakui tanpa Lukaku, pasukannya yang menduduki ranking kedua dunia, perlu mengubah corak permainan, namun Batshuayi gagal mempamerkan prestasi cemerlang ketika tewas 1-2 kepada Mesir dalam aksi pemanas badan Jumaat lalu.

Bagaimanapun jurulatih berusia 49 tahun itu belum mahu menekan butang panik dengan situasi skuad kendaliannya.

"Mereka sudah bersama selama enam tahun, bukannya secara tiba-tiba. Perlawanan ini (menentang Mesir) sebagai 'wake up call'. Ia penting untuk memberikan pemain minit perlawanan yang diperlukan.

"Ketika ini, penting untuk memastikan semua pemain bersedia. Kami tidak boleh berharap untuk memenangi Piala Dunia jika kami tidak berada pada tahap prestasi terbaik," ujar Martinez.

Artikel Berkaitan: