Tuanku Zara Salim rasmi program myKidney

Tuanku Zara Salim (tengah) berkenan mencuba 'Baby Battle' yang terdapat di gerai pameran pada program myKidney Fun Run 2019 di Universiti Malaya hari ini. - Foto Bernama
Tuanku Zara Salim (tengah) berkenan mencuba 'Baby Battle' yang terdapat di gerai pameran pada program myKidney Fun Run 2019 di Universiti Malaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan merasmikan program myKidney Fun Run 2019 yang diadakan di Universiti Malaya (UM) di sini.

Tuanku Zara yang juga penaung program myKidney berangkat tiba di pekarangan Kompleks Perdana Siswa UM, pada kira-kira 9.59 pagi diiringi Naib Canselor UM Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Sejurus selepas perasmian, baginda berkenan melawat gerai pameran kesihatan tentang penyakit buah pinggang yang disediakan sempena acara larian tersebut sebelum berangkat pulang pada kira-kira 11.20 pagi.

Acara larian yang disertai lebih 500 peserta itu turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Imran Ajmain.

Dana dikumpul menerusi acara larian itu akan disalurkan kepada Akaun Kebajikan Pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya dan akan digunakan membantu membiayai kos pemindahan pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampuan.

Program myKidney merupakan tangggungjawab sosial korporat di bawah CEO@Faculty Programme 2.0 Kementerian Pendidikan sebagai usaha menyelaraskan pihak berminat memberi bantuan kepada pesakit buah pinggang kronik.

Program itu juga diwujudkan bagi membantu pembangunan bakat dalam meningkatkan jumlah pakar sekali gus mengurangkan bilangan pesakit yang berada di dalam senarai menunggu pemindahan buah pinggang. - Bernama

Artikel Berkaitan: