Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi Cianjur

Kementerian Luar Negeri.
Kementerian Luar Negeri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian gempa bumi di Jawa Barat, setakat ini.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya pada Selasa memaklumkan perkara itu disahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui 62 21 5224947 atau 62 813 8081 3036 serta mwjakarta@kln.gov.my," kata kementerian itu.

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku pada jam 1.21 petang Isnin waktu tempatan di daerah Cianjur, Wilayah Jawa Barat, Indonesia kira-kira 110 kilometer dari Jakarta.

Angka korban akibat gempa bumi itu meningkat kepada 162 orang sementara ratusan lagi cedera.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil turut mengesahkan 13,000 penduduk kini berlindung di pusat perlindungan sementara selepas kediaman mereka musnah.

Artikel Berkaitan: