Gempa bumi sederhana melanda Rantau Barat Papua

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Rantau Barat Papua, Indonesia pada jam 5.19 petang, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa berpusat 4.9 darjah Selatan dan 133.8 darjah Timur dengan kedalaman 16 kilometer (KM).

MetMalaysia memaklumkan penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.