Pahang perlu contohi Perak, wujud kerjasama BN-PH

Haslihelmy
Haslihelmy
A
A
A

KUANTAN - Pahang disaran mencontohi Perak yang membentuk kerajaan negeri melalui kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berpendapat demi kepentingan BN, adalah lebih baik, jika kedua parti itu bekerjasama dengan PH berbanding dengan Perikatan Nasional (PN).

"Kita bersetuju dan menyokong jika episod seperti mana di Perak dilaksanakan di negeri ini. Jika ia membabitkan soal kerjasama, saya juga berpandangan adalah lebih mudah dan selesa untuk BN bekerjasama dengan PH berbanding PN.

"PN yang menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 16 DUN (BN) tentunya akan 'demand' tinggi sekali gus dibimbangi mencetuskan kestabilan kerajaan negeri yang bakal dibentuk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan pada ketika ini, soal sentimen tidak lagi boleh diguna pakai dan rakyat khususnya pengundi perlu menerima sebarang bentuk kerjasama demi kestabilan dan kemakmuran.

Justeru, tambahnya usaha mendabik dada dan membangkitkan soal no DAP, kerana keputusan dibuat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan kerajaan Pahang tergantung susulan tiada satu parti pun mempunyai majoriti.

"BN Pahang perlu buat keputusan terbaik atas prinsip untuk memastikan rakyat dan negeri ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur seperti mana BN perjuangkan," ujarnya.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN daripada jumlah itu PN beroleh 17 kerusi, BN pula sebanyak 16 dan PH hanya lapan kerusi.

Artikel Berkaitan:

Kini, tumpuan terarah pula terhadap kerajaan Pahang yang masih belum terbentuk sejak Sabtu lalu setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada PRU15.