Sila log masuk terlebih dahulu.

Covid-19: 2,121 kes baharu, 14 kematian

Malaysia merekodkan 2,121 kes baharu Covid-19 pada Isnin dan kesemuanya adalah kes tempatan. Foto hiasan
Malaysia merekodkan 2,121 kes baharu Covid-19 pada Isnin dan kesemuanya adalah kes tempatan. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan 2,121 kes baharu Covid-19 pada Isnin dan kesemuanya adalah kes tempatan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, terdapat 14 kes kematian turut dicatatkan dengan empat daripadanya kematian di luar fasiliti kesihatan.

KKM turut memaklumkan, sebanyak 27,141 kes Covid-19 yang masih aktif dengan 92.7 peratus atau 25,149 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Data itu turut menunjukkan seramai 1,900 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 92 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 58 pesakit dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu kes sembuh baharu Covid-19 mencatatkan 1,764 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,905,670.

Artikel Berkaitan: