Isu PH-BN: Rafizi buat U-turn?

Rafizi pada 1 November lalu memaklumkan akan menentang jika berlaku sebarang usaha rundingan PH dengan UMNO. Gambar kecil: Rafizi ketika pertemuan dengan barisan kepimpinan PH dan BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.

A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, membisu berhubung cadangan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung untuk membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya serta kerajaan negeri di Pahang dan Perak, menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat di negara ini.

Manakan tidak, sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan itu adalah orang paling lantang bersuara dan membantah cadangan supaya PH bergabung dengan BN dan UMNO jika pakatan pembangkang itu gagal memperoleh majoriti mudah atau 112 daripada 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rafizi dalam sidang medianya baru-baru ini juga menyatakan bahawa penyokong PKR/PH dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana beliau tidak akan menerima jika berlaku rundingan antara kedua-dua parti untuk bergabung selepas PRU15.

Gambar tular yang memaparkan Rafizi bertemu dengan Ahmad Zahid ketika pertemuan dengan barisan kepimpinan PH dan BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.
Gambar tular yang memaparkan Rafizi bertemu dengan Ahmad Zahid ketika pertemuan dengan barisan kepimpinan PH dan BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.

Baca berita penuh di Sinar Premium.

Artikel Berkaitan: