Dua kereta remuk dihempap lori tangki

Kereta remuk dihempap lori tangki di Jalan Simpang Tiga, Parit. - Foto ihsan pembaca
Kereta remuk dihempap lori tangki di Jalan Simpang Tiga, Parit. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

PARIT - Dua kereta yang diparkir di tepi jalan mengalami kerosakan apabila dihempap lori tangki yang terbalik dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga, Buloh Akar di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, kereta Proton Saga dan Proton Wira remuk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, lori tangki yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Beruas menuju ke Parit.

"Kedua-dua kereta diletakkan di tepi jalan. Apabila hendak melalui lokasi kejadian, lori tangki terbabit dipercayai hilang kawalan.

"Keadaan itu menyebabkan kenderaan berat terbabit terbalik lalu menghempap kereta tersebut. Bagaimanapun, pemandu kereta tiada dalam kenderaan," katanya.

Menurutnya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Artikel Berkaitan: