Tiada syarat tak masuk akal diletakkan BN: Anwar

Anwar menegaskan tiada syarat yang tidak masuk akal diletakkan oleh BN dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.
Anwar menegaskan tiada syarat yang tidak masuk akal diletakkan oleh BN dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada syarat yang tidak masuk akal diletakkan oleh BN dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.

Menurutnya, perbincangan awal bersama kepimpinan BN hanya menyentuh mengenai kepentingan menubuhkan kerajaan yang stabil.

Tidak ada campur tangan sama sekali terhadap isu-isu pertuduhan (mahkamah) sekarang atau yang dijangkakan.

“Kami menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, keterangkuman dan perpaduan,” katanya pada sidang akhbar bersama kepimpinan PH di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kes mahkamah membabitkan kepimpinan UMNO dalam mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah, badan kehakiman di negara ini harus bebas di samping ia tidak terikat dengan kerajaan.

“Jangan dikaitkan antara proses mahkamah yang harus bebas daripada eksekutif,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut optimis kedua-dua pihak dapat membentuk kerajaan yang stabil dan inklusif bagi menjaga kepentingan semua rakyat di negara ini.

Artikel Berkaitan:

“Kemudian kita juga meletakkan beberapa keutamaan dalam dasar pemerintahan terutama dalam membangun pertumbuhan ekonomi yang lebih meyakinkan.

“Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan ini dan komitmen yang ditunjukkan.

“Walaupun dari segi muktamadnya BN memohon sedikit waktu kerana mereka nak meneruskan sedikit lagi proses perundingan dengan semua pihak yang telah memohon untuk berunding dengan mereka,” katanya

Ditanya berhubung pendirian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menolak kerjasama dengan PH dan DAP, Anwar menegaskan bahawa kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah kerajaan perpaduan.

“Dia menolak PH dan DAP kerana mungkin ingat kerajaan DAP atau kerajaan PH. Ini sebaliknya sebuah gabungan kerajaan perpaduan,” katanya.