Osman mengadap Sultan Johor

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang dikongsikan di laman Facebook rasmi baginda, hari ini. Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang dikongsikan di laman Facebook rasmi baginda, hari ini. Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian tiba di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini bagi mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

ADUN Kempas itu tiba jam 9.05 minit pagi dengan menaiki kenderaan rasmi Menteri Besar Johor.

Ketika memasuki pekarangan istana, Osman sempat membuka tingkap keretanya sambil melambai beberapa pemberita yang sudah bersedia di hadapan istana berkenaan.

Difahamkan, pertemuan Osman bersama Sultan Johor itu adalah untuk membincangkan serta mendapatkan perkenan mengenai peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor ke-16.

Semalam, ketika ditemui di salah sebuah program dihadirinya di Perling, di sini, Osman memaklumkan dirinya masih Menteri Besar Johor dan akan membuat pengumuman lanjut selepas bertemu Sultan Johor, hari ini.

Kenderaan Osman (depan) memasuki pekarangan Istana Pasir Pelangi, di sini, sebentar tadi.
Kenderaan Osman (depan) memasuki pekarangan Istana Pasir Pelangi, di sini, sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: