Piala Dunia: Negara tuan rumah Qatar tewas di tangan Ecuador

Enner Valencia (No13) dari Ecuador meraikan gol pembukaan bersama rakan sepasukan semasa Perlawanan Pembukaan Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2022 antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar. - Foto EPA

A
A
A

QATAR muncul negara tuan rumah Piala Dunia FIFA pertama yang kecundang dalam perlawanan pembukaan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Tiada negara tuan rumah pernah tewas dalam perlawanan pertama sejak 1934, pada kejohanan empat tahunan itu.

Pada tahun 1970, Mexico diikat dengan keputusan seri 0-0 oleh Kesatuan Soviet.

Ecuador menundukkan Qatar dengan jaringan 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

Kapten Enner Valencia menghadiahkan gol untuk Ecuador di Stadium Al Bayt di Al Khor.

Perlawanan itu disaksikan lebih 67,372 penyokong. Kebanyakan penyokong keluar meninggalkan stadium lebih awal sebelum wisel penamat.

Sasaran juara bertahan Piala Asia itu kini adalah untuk mengelak masuk ke pusingan kalah mati.

Selepas ini, Qatar akan bertemu Senegal pada Jumaat dan Belanda pada 29 Nov untuk melengkapkan peringkat kumpulan. - Bernama

Artikel Berkaitan: