26 ahli Parlimen BN hadir pertemuan dengan PH

Ahmad Zahid, Ismail Sabri hadir perjumpaan bersama Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel pada Isnin.
Ahmad Zahid, Ismail Sabri hadir perjumpaan bersama Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 26 ahli Parlimen BN hadir dalam perjumpaan bersama parti itu dan Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel pada Isnin.

Bagaimanapun, dua lagi tidak dapat hadir kerana tidak sihat.

Dilaporkan kerjasama PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu bertemu pada pukul 10 pagi.

Setakat ini belum ada mana-mana gabungan parti yang mampu membentuk kerajaan sehingga meletakkan Parlimen dalam situasi tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.


Artikel Berkaitan: