Netizen dilema Isnin cuti atau tak?

Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mengisytiharkan cuti umum pada 20 dan 21 November ini sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mengisytiharkan cuti umum pada 20 dan 21 November ini sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
A
A
A

SHAH ALAM - Pengisytiharan cuti umum pada Isnin yang menjadi salah satu perkara dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) sekiranya gabungan itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kini menjadi dilema buat netizen.

Meskipun masih belum ada keputusan parti mana yang memimpin kerajaan, namun mereka mengharapkan janji tersebut.

Tinjauan Sinar Harian di media sosial mendapati rata-rata netizen berharap dan bersetuju jika cuti umum pada Isnin dapat diteruskan.

"Siapa yang menang. Tolong Isnin bagi cuti. Tolong," kata pengguna Facebook.

Li Shian pula dalam ruangan komen bersetuju dengan cadangan tersebut:" Setuju sangat-sangat".

Antara hantaran yang dibuat pengguna Instagram berhubung cuti.
Antara hantaran yang dibuat pengguna Instagram berhubung cuti.

Manakala pengguna Instagram, Miraloff meletakkan hastag Isnin cuti ke tidak selepas menyelesaikan kewajipan sebagai pengundi pada Sabtu.

"Kali pertama mengundi sebab selalu PRU je bersalin. Akhirnya demi Malaysia!#GE15 #pru15 #isnincutiketakni," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mazlina_suaidi menyokong hastag tersebut dengan berkata: "Cuti la."

Pada 6 November lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan cuti umum pada 20 November bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, serta 21 November bagi negeri-negeri lain sekiranya menang pada PRU15, 19 November.

Beliau berkata, perkara itu merupakan tawaran tambahan di luar manifesto PN terutamanya kepada pengundi luar.