Lelaki maut dipercayai mangsa langgar lari

Mangsa yang merupakan pemandu lori itu disahkan maut di lokasi kejadian pada Ahad. (Gambar kecil: Motosikal yang ditunggang mangsa dalam kejadian di Kilometer 2.7 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), di sini pada Ahad.)
Mangsa yang merupakan pemandu lori itu disahkan maut di lokasi kejadian pada Ahad. (Gambar kecil: Motosikal yang ditunggang mangsa dalam kejadian di Kilometer 2.7 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), di sini pada Ahad.)
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 2.7 Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.35 pagi.

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa berumur 39 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu menunggang motosikal dari arah Shah Alam menuju ke Sungai Buloh.

"Kejadian berlaku apabila motosikal Yamaha MT 07 yang ditunggang mangsa dilanggar sebuah kenderaan mengakibatkan motosikal mangsa terbabas serta melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767," katanya.

Artikel Berkaitan: