PRU15: PH masih menyepi

Suasana di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini kelihatan lengang tanpa kelibat mana-mana ahli majlis pimpinan pusat (MPP) PKR atau Pakatan Harapan (PH).
Suasana di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini kelihatan lengang tanpa kelibat mana-mana ahli majlis pimpinan pusat (MPP) PKR atau Pakatan Harapan (PH).
A
A
A

PETALING JAYA - Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini kelihatan lengang tanpa kelibat mana-mana ahli majlis pimpinan pusat (MPP) PKR atau Pakatan Harapan (PH).

Tinjauan Sinar Harian mendapati, suasana di perkarangan bangunan pejabat itu juga kelihatan kosong setakat jam 3.30 petang.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil ketika dihubungi juga tidak memberi sebarang kenyataan lanjut.

"Saya belum terima info," katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApps pada Ahad.

Selepas tamat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu, tumpuan hari ini terarah kepada rundingan untuk menjalin kerjasama antara gabungan dan parti bagi membentuk sebuah kerajaan susulan Parlimen tergantung.

Keputusan PRU15 menyaksikan PH memenangi 82 kerusi Parlimen termasuk lima kerusi DAP dan satu daripada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)

Sementara itu, gabungan Perikatan Nasional (PN) menang sebanyak 73 kerusi Parlimen termasuk 22 kerusi dari Pas.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) berjaya meraih sejumlah 30 Parlimen, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menang 22 kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (Warisan) (tiga) dan calon Bebas (dua).

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2.30 petang Isnin.