PRU15: PH menang 82 kerusi Parlimen

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menghadiri sidang media pada Majlis Pengumuman Keputusan PRU15 - Foto Bernama.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menghadiri sidang media pada Majlis Pengumuman Keputusan PRU15 - Foto Bernama.
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui kenyataannya pada Ahad.

Berdasarkan kenyataan tersebut, 82 Parlimen yang dimenangi PH itu adalah termasuk yang diperoleh dari parti DAP iaitu lima kerusi manakala Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) satu kerusi Parlimen.

Sementara itu, gabungan Perikatan Nasional (PN) menang sebanyak 73 Parlimen termasuk 22 kerusi dari Pas.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) berjaya meraih sejumlah 30 Parlimen, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menang 22 kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (Warisan) (tiga) dan calon Bebas (dua).

Sementara itu, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing mendapat satu kerusi di Parlimen selepas SPR mengumumkan keputusan terbaru melibatkan Parlimen Kota Marudu.

Menurut kenyataan itu, calon KDM, Datuk Wetrom Bahanda telah memperoleh kemenangan di Parlimen Kota Marudu dengan jumlah undi 24,318 undi dan majoriti sebanyak 8,174 undi.

Artikel Berkaitan: