Ribuan warga Pakistan memperingati mangsa serangan Christchurch

Ribuan warga Pakistan membentuk imej Masjid al-Noor di bandar Jhang semalam. - Foto AFP
Ribuan warga Pakistan membentuk imej Masjid al-Noor di bandar Jhang semalam. - Foto AFP
A
A
A

JHANG - PAKISTAN. Ribuan warga Pakistan berpakaian putih berkumpul di bandar Jhang semalam bagi membentuk imej Masjid al-Noor, sempena memperingati mangsa serangan pengganas di Christchurch bulan lalu.

Imej yang dirakam menggunakan dron menunjukkan ribuan warga Pakistan memakai pakaian tradisional shalwar kameez, berdiri di tanah lapang bagi membentuk imej masjid berkenaan serta tulisan 'Islam is Peace' (Islam ialah keamanan).

Turut kelihatan bendera Pakistan dan New Zealand serta kain rentang bertulis 'Solidarity with the martyrs of Christchurch from Pakistan' (Solidariti bersama mangsa syahid di Christchurch dari Pakistan).

Acara istimewa anjuran sebuah organisasi bukan kerajaan dikenali sebagai Muslim Institute itu bertujuan mempromosi keamanan dan stabiliti dalam dunia Islam.

Ribuan warga Pakistan membentuk imej Masjid al-Noor di bandar Jhang semalam. - Foto AFP
Ribuan warga Pakistan membentuk imej Masjid al-Noor di bandar Jhang semalam. - Foto AFP

Sembilan dari 50 mangsa yang maut ekoran serangan pengganas warga Australia Brenton Tarrant pada 15 Mac lalu merupakan warga Pakistan.

Salah seorang mangsa, Naeem Rashid menerima anugerah keberanian daripada kerajaan Pakistan ekoran tindakannya menghalang pengganas terbabit sebelum maut ditembak.

Pihak penganjur turut memuji kerajaan New Zealand terutama Perdana Menteri Jacinda Ardern berikutan sokongan yang diberikan kepada komuniti Muslim di negara itu ekoran serangan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Sokongan Jacinda Ardern bukan sahaja merawat luka komuniti Muslim malah turut menjamin keselamatan mereka di negara itu," kata salah seorang penganjur, Sahibzada Sultan Ahmad Ali. - AFP