Warga Pakistan didakwa cabul wanita Perancis

Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis, Isnin lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis, Isnin lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Perancis, Isnin lalu.

Tertuduh, Muhammad Akhtar Ramzan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu menggunakan kekerasan jenayah terhadap Luna Eve Waquet, 23, dengan maksud mencabul kehormatannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah penginapan di Medan Perhentian Medan Kidd dalam daerah Kinta sekitar jam 11 malam pada 17 Julai 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili Peguam R Rajasegaran.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.