PRU15: 'Igauan buruk jadi kenyataan' - Annuar Musa

Annua. Kemenangan Khlir di Parlimen Ketereh pada PRU15.r
Annua. Kemenangan Khlir di Parlimen Ketereh pada PRU15.r
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa dukacita atas kekalahan Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Annuar yang juga Presiden Muafakat Nasional berkata, igauan buruk digambarkan beliau selama ini benar-benar terjadi.

“Dukacita teramat sangat. Al-Quran itu benar. Perpecahan menjadikan kamu lemah dan hilang kekuatan.

“Kami anjurkan muafakat, kami dilabel tidak setia. Kami minta jangan berpecah, kami yang menerima padah,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Sabtu.

Beliau turut mempersoalkan hala tuju parti itu selepas PRU15 dan meminta pihak yang gagal supaya berundur.

“Kini, ke mana kita nak dibawa? Mahu menjalin jajaran yang kita tolak? Mahu melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan parti sekali lagi?

“Undurlah, cukuplah kebinasaan ini dan dengar suara rakyat serta fahami kehendak rakyat. Jangan sombong,” ujarnya.

Menurutnya, semua tidak boleh berlengah lagi dan perlu mengetepikan ego untuk terus bersatu menyelamatkan negara, agama dan bangsa.

Artikel Berkaitan:

“Kini Perikatan Nasional (PN), BN, Gabungan Parti Sarawak Gabungan Rakyat Sabah dan lain-lain yang asalnya satu, bermuafakatlah serta bentuk kerajaan.

“Usah berlengah! Allah masih sayangkan negara ini. Segera berpadu,” katanya.

PRU15 di Parlimen tersebut menyaksikan kemenangan berpihak kepada Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor (PN) yang memperoleh 40,542 undi dengan majoriti 23,107 menewaskan Marzuani Ardila Ariffin (BN) 17,435, Haneef Ibrahim (Gerakan Tanah Air) 223 dan Rahimi L Muhamud (Pakatan Harapan) 4,662.