Kekalahan 1-4 sejarah hitam TRW - Annuar Musa

Hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik Annuar Musa.
Hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook milik Annuar Musa.
A
A
A

BEKAS Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-4 The Red Warriors (TRW) di tangan Kelantan United sebagai sejarah hitam buat pasukan itu.

Ia menyaksikan Kelantan FC merekod kekalahan ke-11 sekali gus menduduki tangga tercorot Liga Super.

Perkara itu dikongsikan oleh Annuar menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya malam tadi.

"Sejarah hitam buat TRW....carilah jalan pulihkan maruah pasukan," katanya.

Sebelum itu, Kelantan United melakar kemenangan sulung selepas mengharungi 13 perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini apabila menumpaskan Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.

Annuar merupakan bapa pembangunan bola sepak Kelantan apabila menghadiahkan kejuaraan tiga piala pada musim 2012.