PRU15: Mumtaz menang besar di Tumpat

Mumtaz (dua dari kiri) meraikan kemenangan bersama rakan Pas dan suami di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P019 Tumpat pada Sabtu.
Mumtaz (dua dari kiri) meraikan kemenangan bersama rakan Pas dan suami di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi P019 Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Calon Pas, Datuk Mumtaz Md Nawi memenangi kerusi Parlimen Tumpat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu, mengalahkan calon BN dengan majoriti 34,793.

Mumtaz yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Demit itu menang besar dengan 65,426 undi manakala undi diterima Che Abdullah ialah 30,633.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tumpat, Rusydee Abdullah membuat pengumuman itu pada jam 11.50 malam selepas semua 262 saluran mengundi dikira.

Rusydee pada masa sama turut menyampaikan penghargaan kepada semua petugas sepanjang PRU15.

"Saya ingin menyampaikan terima kasih kepada semua yang terlibat, parti politik dan SPR," katanya.

Mumtaz berdepan lima penjuru dan keputusan akhir bagi Che Mohd Asemari Che Ali (Putra) 593, Khairul Azuan Kamarrudin (Warisan) 245 dan Wan Mohd Johari Wan Omar (PH) 7,762.

Lebih 149,000 pengundi keluar mengundi di Parlimen Tumpat melibatkan 52 pusat mengundi.

Peratusan keluar mengundi ialah 68.97 peratus.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14 lalu, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 undi atas tiket Pas.