PRU15: Abdul Hadi menang majoriti 41,729 di Marang

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

MARANG - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan majoriti 41,729 undi.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding majoriti sebanyak 21,954 undi yang diperoleh beliau pada PRU14 lalu.

Abdul Hadi memperoleh keseluruhan undi sebanyak 73,115 mengatasi Jasmira Othman (BN-UMNO) yang mendapat 31,386 undi, Azhar Ab Shukur (PH-Amanah) mendapat 4,140 undi manakala Dr Zarawi Sulong (GTA-Putra) mendapat 427 undi.

Sebanyak 233 saluran peti undi di Parlimen berkenaan selesai kira-kira jam 11 malam.

Berdasarkan statistik pengundi, terdapat seramai 131,756 pengundi berdaftar di Parlimen Marang termasuk 743 pengundi awal.

Pada PRU14 lalu, Abdul Hadi yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Marang memperoleh 53,749 undi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endot (31,795 undi) dan calon PH, Zarawi Sulong (5,138 undi).

Artikel Berkaitan: