PRU15: Muhyiddin, Mas Ermieyati menang selesa

Gambar dari kiri: Mas Ermieyati, Muhyiddin
Gambar dari kiri: Mas Ermieyati, Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menang selesa di Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memperoleh 24,986 undi manakala Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) sebanyak 14,426 undi dan Iskandar Shah Abd Rahman (PH), 14,979 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Muhyiddin menang dengan majoriti 6,927 undi.

Sementara itu Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah yang dimenangi PRU14 atas tiket BN.

Pada PRU15, beliau memperoleh 25,604 undi dengan majoriti 4,411 menewaskan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid yang mendapat 21,193 undi manakala calon Pejuang, Handrawirawan Abu Bakar (507) dan calon Muda, Mutalib Uthman (7,445).

Artikel Berkaitan: