PRU15: Parlimen Igan, Sarawak kerusi rasmi pertama diumum

Ahmad Johnie
Ahmad Johnie
A
A
A

SHAH ALAM - Setakat jam 8.50 malam Sabtu, hanya satu kerusi Parlimen diumumkan secara rasmi menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Parlimen Igan di Sarawak.

Kerusi tersebut dimenangi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ahmad Johnie Zawawi dengan majoriti 14,662 selepas memperoleh 15,824 undi.

Calon lawan daripada Pakatan Harapan (PH), Andri Zulkarnaen Hamden hilang depositi apabila sekadar mendapat 1,162 undi.

Pada PRU14, kerusi berkenaan disandang Ahmad Johnie Zawawi dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 8,495 undi,

Artikel Berkaitan: