PRU15: Tok Mat dahului di Parlimen Rembau

 Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

REMBAU - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului empat calon lain di Parlimen Rembau setakat jam 7.15 petang tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, Mohamad atau Tok Mat memperoleh sebanyak 1,143 undi selepas lapan peti undi dikira.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha mendapat 86 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazree Mohd Yunus mendapat 680 undi.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ramly Awalludin pula mendapat 11 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Tinagaran sebanyak satu undi.

Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Rembau bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Sri Rembau di sini.


Artikel Berkaitan: