Isu minta maaf: Jangan sampai jadi punca perpecahan - Tok Mat

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan agar isu DAP digesa meminta maaf kepada UMNO tidak lagi perlu dibangkitkan.

Ini kerana, beliau tidak mahu tuntutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh itu menjadi punca kepada perpecahan atau keretakan Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak pula mengatakan DAP perlu meminta maaf. Tetapi, tidak ada salahnya (meminta maaf). Adalah satu perkara yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita ketika ditemui di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Sabtu.

Sebelum ini, Muhamad Akmal menuntut permohonan maaf daripada DAP dan menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap parti itu.

Muhamad Akmal berkata, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP untuk bersahabat.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, desakan permohonan maaf oleh DAP terhadap UMNO tidak sepatutnya menjadi isu yang dibangkitkan semula.

Menurut Mohamad, adalah tidak menjadi masalah jika DAP membuat permohonan maaf kepada UMNO bagi menghapuskan syak-wasangka dan kesangsian dalam antara parti.

“Jika DAP boleh membuat permohonan maaf kepada rakyat, Kerajaan Sarawak (sebelum ini, maka) ia boleh menambahkan lagi keakraban kerana kita menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini.

“Ini sekali gus menghapuskan syak-wasangka dan kesangsian antara satu sama lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

DAP perlu minta maaf kalau ikhlas nak bersahabat - Akmal

Akmal tak mahu tarik balik kenyataan keras terhadap DAP

'Pertelingkahan DAP, UMNO tidak sepatutnya dipanjangkan' - Dominic