PRU15: Wan Saiful kesal tindakan provokasi pihak lawan

Wan Saiful menunjukkan kain rentang provokasi yang dipasang pada pagi Sabtu.
Wan Saiful menunjukkan kain rentang provokasi yang dipasang pada pagi Sabtu.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Calon Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan kesal dengan tindakan pihak lawan yang menggantung beberapa kain rentang serta menyebarkan risalah bersifat provokasi pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, kain rentang itu dipasang di beberapa lokasi tumpuan awam termasuk berhampiran pusat pengundian di sekitar Tasek Gelugor sejak pagi Jumaat.

Wan Saiful berkata, pihaknya juga mendapati terdapat risalah sama turut disebarkan melalui masjid-masjid di kawasan ini selepas solat Jumaat.

"Bagi saya dalam PRU kali ini biarlah kita bertanding dan bersaing secara sihat bukannya masih dengan elemen provokasi, fitnah dan perkara yang bukan-bukan...ini adalah taktik lama.

Risalah provokasi dan kain rentang yang dikesan sekitar Tasek Gelugor.
Risalah provokasi dan kain rentang yang dikesan sekitar Tasek Gelugor.

"Kita tahu siapa dalang di sebalik perbuatan terdesak ini dan matlamat mereka hanya untuk memecahbelahkan hubungan antara Bersatu dan Pas serta mempengaruhi pengundi pada hari ini," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN Tasek Gelugor di sini.

Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, pihaknya akan membuat laporan berhubung provokasi itu dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Dalam masa sama, Wan Saiful berharap masyarakat khususnya di Tasek Gelugor dapat menilai serta menentukan nasib mereka yang menyebarkan fitnah.

Artikel Berkaitan: