'Ada perkara teknikal perlu diselesaikan dahulu' - Khairuddin

Khairuddin (kiri) bersama Anili selesai membuang undi jam 10.30 pagi di SMK Kompleks Seberang Takir pada Sabtu.
Khairuddin (kiri) bersama Anili selesai membuang undi jam 10.30 pagi di SMK Kompleks Seberang Takir pada Sabtu.
A
A
A

KUALA NERUS - Calon BN Parlimen Kuala Nerus tiba lewat di pusat mengundi kerana menyelesaikan urusan teknikal bersama jenteranya terlebih dahulu.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tiba jam 10 pagi berbanding calon-calon lain yang datang seawal jam 8 pagi berkata, sebelum ke pusat mengundi beliau bertemu jentera BN terutamanya melibatkan pengundi luar.

"Saya ada perkara teknikal yang perlu diselesaikan dulu tadi, pergi jumpa jentera untuk menguruskan tugasan-tugasan di lapangan.

"Selesai di sana saya datang sini bersama isteri, Datin Anili Ramli. Anak-anak dan adik-beradik lain, mereka dah datang awal pagi tadi," katanya kepada media selepas selesai membuang undi jam 10.30 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di sini pada Sabtu.

Bagi Parlimen Kuala Nerus, berlaku pertembungan empat penjuru melibatkan Mohd Khairuddin (BN), Datuk Dr Alias Razak (PN), Azaha Wahid (Pejuang) dan Datuk Seri Suhaimi Hashim, Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan: