Teruja undi kali pertama, ada pengundi muda silap lokasi

Suasana mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) pada Sabtu.
Suasana mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Keterujaan pengundi muda di sini dapat dilihat apabila ada diantara mereka yang tersilap lokasi pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beberapa orang pengundi muda dilihat berpatah balik selepas memasuki pusat mengundi di Maktab Sultan Ismail (SIC) tanpa kesan calitan di jari.

Apabila ditanya, sambil tersenyum mereka mengatakan tersilap lokasi mengundi.

Antara pengundi muda yang mendapat perhatian ialah pasangan kembar berusia 18 tahun iaitu Ang Darren dan Ang Elysha.

Antara pengundi muda yang mendapat perhatian ialah pasangan kembar berusia 18 tahun iaitu Ang Darren dan Ang Elysha.
Antara pengundi muda yang mendapat perhatian ialah pasangan kembar berusia 18 tahun iaitu Ang Darren dan Ang Elysha.

Kedua-dua mereka menyuarakan rasa takut dan teruja pada masa yang sama kerana ini merupakan kali pertama mengundi.

Darren berkata, ayah dan ibu mereka memberi kebebasan untuk memilih sendiri siapa calon yang disukai.

"Kami mengundi di Parlimen Kota Bharu dan perlu memilih enam calon pada kali ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami membuat keputusan untuk memilih parti kerana ia lebih selamat," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Hasnani Zulaikha Hashim, 19, pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkata, pengalaman pertama kali mengundi seperti menjawab soalan peperiksaan.

Hasnani Zulaikha Hashim, 19,
Hasnani Zulaikha Hashim, 19,

Ujarnya, dia mengutamakan calon dari segi pemilihan.

"Saya berharap calon yang dipilih akan menjadi pemimpin terbaik mewakili rakyat di sini," katanya.

Manakala Muhammad Khairul Hafiz Noor Hisham, 27, yang merupakan pembantu kedai di Gombak, Kuala Lumpur berkata, PRU15 merupakan kali pertama dia mengundi.

Muhammad Khairul Hafiz Noor Hisham, 27
Muhammad Khairul Hafiz Noor Hisham, 27

Ujarnya, hal ini kerana pada PRU14 lalu dia berada di Jordan kerana melanjutkan pengajian.

"Saya gembira dapat balik ke kampung dan mengundi kerana inilah peluang untuk kami (rakyat) menyuarakan hasrat," katanya.