'Tak tidur satu malam, fikir nak pangkah siapa'

Mushar hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bersama isteri, Zainab Che Lop, 62, dan anak sulung, Khairul Nizam Mushar di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor.
Mushar hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bersama isteri, Zainab Che Lop, 62, dan anak sulung, Khairul Nizam Mushar di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor.
A
A
A

LARUT - Seorang pengundi di Parlimen Larut mengakui tidak dapat tidur lena satu malam memikirkan calon mana yang mahu diundi pada hari pengundian.

Mushar Nasipin, 62, berkata, keadaan itu mungkin disebabkan rasa teruja kerana pertama kali dapat mengundi di kampung halaman selepas menetap lama di Kuala Lumpur.

"Dulu masa mengundi di sana (Kuala Lumpur), tak ada la rasa macam ini. Malam tadi sungguh tak boleh tidur sebab fikir nak undi calon yang mana satu," katanya ketika ditemui di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor pada Sabtu.

Pesara swasta yang mengalami kudung kaki kiri itu tetap bersemangat keluar mengundi dan selesai menunaikan tanggungjawab sekitar jam 8.40 pagi.

Dia yang hadir menggunakan kerusi roda berkata, kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis pada Mac lepas.

"Selagi boleh mengundi, saya akan terus mengundi, lagipun lima tahun sekali, rugi kalau kita tak undi," katanya sambil secara bergurau mengatakan mahu tidur selepas mengundi ini.

Artikel Berkaitan: