Muhyiddin selesai mengundi di SMK Sri Muar

Muhyiddin dan Noorainee selesai membuang undi kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.
Muhyiddin dan Noorainee selesai membuang undi kira-kira pukul 9.05 pagi tadi.
A
A
A

MUAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar.

Beliau dan isteri menaiki kenderaan jenis Alphard berwarna hitam tiba di pintu masuk SMK Sri Muar kira-kira jam 8.50 pagi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan isteri itu selesai mengundi bagi kerusi Parlimen Muar kira-kira pukul 9.05 pagi.

Muhyiddin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pagoh selama enam penggal berdepan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin dicabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Iskandar Shah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Parlimen Pagoh disandang Muhyiddin yang menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi, menewaskan calon PAS Ahmad Nawfal Mahfodz dan dan calon BN Ismail Mohamed.

Manakala Razali, yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, menang tiga penggal berturut-turut pada PRU11, PRU12 dan PRU13, namun tewas pada PRU14 kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang ketika itu bertanding atas tiket PKR, dengan majoriti 6,953 undi di kerusi Parlimen Muar.

Artikel Berkaitan: