Dua beradik diminta tampil bantu siasatan

dikehendaki
dikehendaki
A
A
A

MACHANG – Polis meminta dua beradik tampil bagi membantu siasatan berhubung kes kejadian melibatkan kecederaan seorang lelaki pada 22 November lalu di Kampung Pek, dekat sini.

Mereka ialah Muhd Faris Ab Karim Baskar, 28 dan adiknya, Muhammad Fikri, 27.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkfili Abdul Ghani berkata, mereka atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Mohd Firdaus Mohd di talian 013-9818535 bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam kejadian itu seorang peniaga berusia 26 tahun dipukul empat lelaki di Kampung Pek selain motosikalnya turut dicuri apabila berlaku perselisihan faham antara mereka.

"Lelaki tersebut turut dibawa menaiki sebuah kereta dan dipukul sebelum ditinggalkan di kawasan semak dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: