'Jangan alibabakan tapak bazar Ramadan'

Adly (tengah) sidang melayani rakyat ketika program Bertemu Rakyat Perdana di Dewan Hang Tuah, di sini hari ini.
Adly (tengah) sidang melayani rakyat ketika program Bertemu Rakyat Perdana di Dewan Hang Tuah, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri tidak teragak-agak menyenaraihitamkan peniaga yang mahu mengaut keuntungan dengan 'mengalibabakan' tapak bazar Ramadan.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) akan melakukan pemantauan sepanjang bulan itu supaya tidak wujud pihak tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga sewa tapak sekali gus mahu mengaut `untung atas angin'.

Menurutnya, amaran itu agar mereka yang berjaya memperolehi tapak bazar memanfaatkan ruang dan peluang yang diberikan untuk menjana pendapatan dan mendapat keuntungan sendiri sepanjang bulan mulia itu.

"Lesen dan tapak yang telah diluluskan tidak boleh dijual atau dipindah milik sesuka hati tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Japerun atau PBT.

"Sekiranya itu berlaku, kita akan ambil tindakan tegas kepada peniaga yang menjual tapak niaga berkenaan," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas program Bertemu Rakyat Perdana di Dewan Hang Tuah di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hassan.

Terdahulu, Adli berkata isu tapak bazar Ramadan Klebang telah diselesaikan dengan baik apabila dianggarkan lebih 206 peniaga yang berdaftar dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah diberikan tapak niaga.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kadar sewa yang dikenakan terhadap peniaga juga mengikut saiz tapak niaga kawasan terbabit, bermula RM2,300 hingga RM4,000 mengikut saiz tapak.

"Pemberian tapak itu dilakukan melalui proses undian dan telah diadakan secara aman antara peniaga baharu dan peniaga lama

"Saya harap ia terus menjadi lokasi tumpuan dan tarikan bukan sahaja pengunjung tempatan malah pelancong," katanya.