Jumlah kes baharu Covid-19 enam hari menurun kepada 16,478

Jumlah kes harian baharu Covid-19 negara menurun sepanjang enam hari lepas kepada 16,478 kes. Foto hiasan.
Jumlah kes harian baharu Covid-19 negara menurun sepanjang enam hari lepas kepada 16,478 kes. Foto hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian baharu Covid-19 negara menurun sepanjang enam hari lepas kepada 16,478 kes (12 November-17 November) berbanding 21,539 kes pada tempoh yang sama (5 November-10 November).

Sepanjang tempoh enam hari itu, kes Covid-19 kekal bawah paras 4,000 dan semalam (17 November), Malaysia mencatat sebanyak 3,457 kes harian baharu Covid-19 termasuk sembilan (9) kes kematian dan dua (2) kes import.

Daripada 3,457 kes, negeri Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,187 diikuti oleh WP Kuala Lumpur (322), Sabah (266), Melaka (262), Pulau Pinang (216), Kedah (171), Pahang (159), Sarawak (158), Negeri Sembilan (146), Perak (139), WP Putrajaya (131) dan Kelantan (124).

Negeri yang mencatat kes dua angka adalah Johor (79), Terengganu (77) dan WP Labuan (16).

Perlis pula negeri tunggal mencatat kes satu angka iaitu empat (4) kes.

Untuk bulan November setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 November (4,711), 4 November (4,360) dan 5 November (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.

Kes terendah dicatat pada 14 November sebanyak 1,749 kes. Peningkatan kes harian baharu Covid-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59 malam 17 November adalah sebanyak 27,877 kes dengan 25,818 kes (92.6 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 736 kes sembuh pesakit Covid-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,895,719 kes.

Malaysia kini mempunyai sebanyak 4,960,179 kumulatif kes Covid-19 dan menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19.

Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,306,482) dan Ukraine (5,329,536).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (93,005) diikuti oleh Korea Selatan (55,437) dan Perancis (33,331).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,101,838 kes.

Senario Covid-19 di Malaysia

Data KKMNOW setakat pukul 11:59 malam, 17 November 2022 menunjukkan 25,818 kes (92.6 peratus) daripada 27,877 kes aktif Covid-19 dikuarantin di rumah.

Sifar ​​​(0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,970 kes (7.1 peratus) di hospital; 43 kes (0.2 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 46 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 641,897,156 kes (minggu lepas 637,283,239 kes) dengan 6,621,589 kematian berbanding sebanyaj 6,613,471 kematian minggu sebelumnya. Sebanyak 621,352,448 kes sembuh dilaporkan (minggu sebelumnya sebanyak 619,481,016 kes sembuh).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia. - Bernama