PRU15: Masalah jalan sempit selesai dalam tempoh 24 jam

Gambar kiri menunjukkan kerja-kerja pembaikan jalan yang dijalankan dan gambar kanan adalah jalan yang siap dibaiki.
Gambar kiri menunjukkan kerja-kerja pembaikan jalan yang dijalankan dan gambar kanan adalah jalan yang siap dibaiki.
A
A
A

KANGAR - Masalah jalan berlubang dan sempit yang dihadapi penduduk Taman Kuala Perlis sejak 10 tahun lepas berjaya diselesaikan calon Bebas, Datuk Azahar Ahmad dalam tempoh 24 jam.

Azahar yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis berkata, beliau mendapat permintaan daripada penduduk setempat untuk menaik taraf jalan di kawasan berkenaan.

“Ketika berkempen di Taman Kuala Perlis, saya mendengar luahan daripada penduduk mengenai jalan masuk ke taman berkenaan berlubang dan sempit. Mereka telah membuat permohonan membesarkan jalan sejak 10 tahun lepas tetapi tidak diselesaikan.

“Alasan yang diberikan adalah kerana bersempadan tanah persendirian, kabel elektrik dan pelbagai lagi. Sejurus mendengar masalah tersebut, saya telah mengarahkan pekerja saya melakukan pembaikan jalan.

“Ini dalam bidang saya, jadi saya mempunyai jentera untuk melakukan kerja-kerja pembaikan jalan. Pada masa sama, saya telah bertemu pihak MPK (Majlis Perbandaran Kangar) untuk menurap jalan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Azahar (kanan) meninjau masalah jalan berlubang dan sempit yang menjadi laluan utama penduduk Taman Kuala Perlis.
Azahar (kanan) meninjau masalah jalan berlubang dan sempit yang menjadi laluan utama penduduk Taman Kuala Perlis.

Azahar sebelum ini mengambil pendirian untuk bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan logo kunci selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam perkembangan sama, Azahar berkata, fokus utama pada PRU15 ini adalah untuk menaik taraf infrastruktur dalam kawasan Kuala Perlis yang disifatkan masih daif.

Artikel Berkaitan:

“Dalam Kuala Perlis ini mempunyai 24 buah kampung, jadi ketika berkempen saya dapat melihat keadaan infrastruktur terutama berkaitan jalan nampak begitu daif.

“Di jeti pula, masalah infrastruktur seperti tandas sudah berlarutan hingga setahun. Masalah itu kecil sahaja tetapi sehingga hari ini tiada jalan penyelesaian diambil sedangkan jeti tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong," katanya.